Saturday, April 18, 2009

Angan-angan aku... hahaha jadi orang kaya...

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Tentu seronok kan kalau apa saja yang kiita hendak dalam dunia ni kita boleh miliki? Mesti best kalau kita dapat pergi ke mana-mana saja tempat yang kita suka pergi seperti pergi tengok wayang, pergi Sunway Lagoon, pergi shopping complex dan pelbagai tempat lagi.

Kita tak perlu nak risau pasal duit. Kita banyak duit. Kita orang kaya. We can do anything we want and buy anything we want. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini mungkin, korang memang lucky lah. Lucky berasal dari keluarga kaya atau berada. Kalau mereka yang munking bermula sebagai orang biasa or sederhana then buat sesuatu yang luar biasa sehingga menjadikan anda kaya.... well tahniah diucapkan kepada anda.

Saya kadang-kadang berangan-angan nak melawat tempat- tempat di dunia ini. Kalau boleh nak pegi balik ke U.S tengok keadaan di sana. Dulu pergi masa kecik... manalah tahu apa-apa. Sekarang bila dah tahu serba serbi nak jugak pergi ke sana. Lepas tu pegi U.K, pegi Belanda, New Zealand dan semua negara Eropah. Seterusnya nak jugak pegi kat negara-negara Asia Tengah, Asia Timur dan pelbagai tempat lagi. Tapi tu semua cuma angan-angan aje... Saya tahu bahawa saya ni tak mampu.

Negara di luar sana yang saya penah pegi pun ke Singapura, itupun cuma 3 jam saja. Lepas pertandingan terus balik. Lepas tu penah lah jugak pergi ke Thailand. Di Chornburi. Itu pun sebab boss nak bawak saya sekali. Kalau tak, tiadalah peluang tu. Australia belum penah pergi... Indonesia dan Brunei pun belum pernah.... Memang malu betul bila saya kata.... Sabah dan Sarawak pun saya belum pergi.

Apa taknya, semua tu memerlukan duit. Melancong bukannya murah. Kos tambang lagi, kos penginapan, makan dan sedikit membeli belah (ye ke sikit)... semuanya memerlukan duit. Mana nak korek... takkan lah nak buat pinjaman peribadi semata-mata nak pergi melancong kot? Itu satu hal... masa pulak satu hal lagi... selagi namanya kita bekerja di bawah orang... masa pun bukan hak mutlak kita. Masa kerja kena kerja. Masa pulang, kita pulang lah. Kalau bos panggil ketika hari cuti pun kena datang juga. Apalah nasib badan.

Kalau segala kerja kita berbaloi dengan gaji yang diberi takpe lah jugak. Tapi kadang-kadang rasa mcm tak berbaloi tapi kita terima je lah... redha... sebab daripada tadak langsung, lebih baik lah ada walaupun tak mencukupi.

Setakat nih saya sorang aje. Dengan seorang isteri (ada hati ke nak tambah... mungkin tidak). Belum ada anak-anak. Setakat nih gaji saya boleh lah nak cover dua orang punya makan, pakai, petrol dan sebagainya. Kalau lau rezeki datang, ada anak... tak tahu lah ye mcm mana. Saya terdengar kisah-kisah orang yang ada anak.. masih baby terutamanya.. banyak juga perlu duit yang perlu dibelanjakan dan dihabiskan. Pampers dah berapa, susu, botol, pakaian, dan sebagainya. Itu kalau sorang... kalau ramai? Aii... mcm mana ye. Ye lah... ada orang kata setiap anak itu ada rezeki... Alhamdulillah... lega sikit bila dengar ada ungkapan mcm tu.

Kepala kadang-kadang naik bengong fikir mcm mana lah nak tambah pendapatan. Mcm mana nak dapat gaji besar, wang besar dan sebagainya. Maksud saya secara halal lah. Kalau jalan haram saya tentu tolak 100% Nak bagi anak isteri makan woo... kalau benda haram jadi darah daging. Hairan juga ya... mengapa ada sesetengah orang boleh jadi kaya. Jadi senang. Duit tadak masalah dan kadang-kadang pada pandangan saya yang serba kekurangan ni, boleh jadi diaorng ni membazir pulak. Diaorng ni gaji besar ke. Pegawai besar ke. Main saham ke. Buat bisnes ke. Atau diaorg ni menang loteri ke. Entahlah...

Ada kawan-kawan ajak masuk bisnes MLM dan sebagainya.... saya pun join lah dengan harapan dapatlah income melaluinya. Tapi memang dengar cerita teruja tapi bila nak laksanakan baru tahu langit tinggi atau rendah. Susah juga nak buat secara berterusan dan nak maintain line ye. Bunyinye cukup senang... ada sistem, ada bantuan tapi tidak semua ada kepala otak atau mind mcm kita.

Saya tak kata benda ni tak bagus... saya nampak potensi cuma saya fikir... ianya tak sesuai bagi saya... saya tak boleh lakukan. Nak kena pulang jam 12 tengah malam dan sebagainya... ada Rally belilah tiket sampai RM300 tapi bukan dapat buat duit daripadanya. apatah lagi saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang mcm saya. Semuanya berkarat... jenis tak minat MLM dan yang sewaktu dengannya. Bagi saya MLM ni kerja renyah. Income tak seberapa. Nak income besar so network pun kenalah besar. Tapi bukan lah buleh maintain lama sebab sales nanti jatuh dan berkurangan.

Satu lagi bila masuk bab-bab skim cepat kaya lah kononnya. Diaorng yang jalankan ni tak kata skim cepat kaya... nanti ramai tak join dan apatah lagi Kerajaan akan bertindak punya. Saya pun joinlah jugak. Mula-mula memang masyuk... Setiap bulan duit masuk bank. Memang best sangat. Bila dah mcm tu mulalah lupa diri... saya pergi buat pinjaman bank untuk melabur lagi. Banyak yang saya pinjam... Tapi akhirnya... masa baru saja top up investment... syarikat kena cekup. Duit dipegang. Abis lah saya. Hutang dalam RM1100.00 sebulan!!! Selama 9 atau 10 tahun. Memang nasib saya tak baiklah...

Semua tu menginsafkan saya. Saya dah tanak dah masuk benda-benda mcm ni. Biarlah orang dapat duit secara berterusan sekarang pun. Biarlah syarikat tu masih lagi okay dan belum sangkut. Biarlah orang lain nak kaya melalui benda-benda tu... Bagi saya... saya tanak dah. :)

Akhir kata.... saya mula dengan scratch balik... mula dari kosong... 8 thn kerja mcm tadak apa-apa. Dah mcm mula-mula kerja. Saya menanggung hutang sampai 2018. Saya rasa teramat rugi. Setakat tu saja perkongsian kali ini.

Wassalam.