Thursday, June 18, 2009

Cashflow Boardgame Memang Best

Salam Perpaduan,

Pernah dengar boardgame cashflow? Kalau pernah dengar bagus. Pernah main tak? Kalau pernah main bagus. How was it? Interesting eh? Bagi mereka yang belum pernah bermain, main lah dengan kawan-kawan yang ada boardgame tu.


Cashflow Boardgame dicipta dan dijual oleh Robert T. Kiyosaki, seorang rakyat Amerika berbangsa Jepun. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan pengurusan kewangan dan bisnes. Buku tersohornya ialah Rich Dad Poor Dad. Tak pernah dengar? Memang best bukunya. I suggest you find and buy the book.

Saya telah expose kepada Rich Dad Poor Dad pada tahun 2000. Then saya lihat pula dalam internet permainan Cashflow. Tapi nak beli... mahalnya... kalau tak silap saya, nak beli online, RM1000 lebih kurang. Huyooo for a boardgame, we have to spend RM1000? Tapi saya tetap ada hajat untuk membelinya.


Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Akhirnya dah sampai tahun 2009. Saya surf internet. Dalam surfing tu saya tengoklah orang sedang bicara pasal cashflow boardgame tu. Kalau tak silap mereka berbicara tu dalam tahun-tahun 2007-2008. Rasa irihati beb pada masa tu. Mereka kongsi bagaimana perasaan dan pengalaman mereka main gameboard tu. In my mind, if just I could play that boardgame... :)

Well, dalam pada itu, surf punya surf tiba-tiba saya terjumpalah dengan tidak sengaja seorang blogger yang offer jual cashflow boardgame ni. Saya terus lah menghubunginya. Thank you so much Saudara Afizal. Kalau tak jumpa saudara, tentu saya tak dapat experience bermain permainan tu.

He came to my place in Bandar Seri Putra, dan kita telah bermain bersama-sama. Dia, saya dan isteri. Well saya rasa cukup teruja ketika melihat kotak ungu tersebut. Berat pulak tu. Dan bila saudara Afizal buka kotak boardgame, saya fikir Wow... it's great man!!!! Hahaha.



We played and played dan akhirnya, Saudara Afizal lah yang terror dan telah keluar dari Rat Race. Kami ni masih lah tikus-tikus yang tak berapa cerdik. Takpe... ada ubi ada batas, ada cok boleh gali... But the experience was wonderful. Thank you again Saudara Afizal. Then, we purchased the boardgame from him.

So, para pembaca yang dihormati... playing games are one of the best ways of learning something. Selain dari baca buku dan berkongsi pengalaman, dengan bermain permainan begini dapat meningkatkan lagi ilmu kita apatah lagi... the fun way. That's all for now... :)

Cheerio!!!

Monday, June 1, 2009

Berilmu, beramal, berkongsi

Assalamualaikum semua...

Apa kabar semua? Dalam dunia hari ni di mana ekonomi masih lagi belum stabil, saya harap semuanya masih lagi berada dalam minda yang sihat. Harap-harap belum ada orang yang putus fuse dan nak bunuh diri.

Biarlah tiada siapa yang sudi baca coretan saya melalui blog ni, tapi saya tetap akan menulis. Dah macam jadi kegemaran saya pula. Biarlah saya aje yang baca sendiri hehehe.



Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya tentang Iqra' iaitu membaca. Membaca ialah suatu amalan yang mulia. Melalui membaca, kita dapat mengetahui apa saja perkara. Pilihlah buku-buku atau judul-judul yang menjadi kegemaran kita.

Menurut satu laporan, rakyat Malaysia yang membaca cuma 3% dari populasi rakyat Malaysia yang hampir 30 juta. Itu suatu penemuan yang memeranjatkan. Walau bagaimanapun, kononnya laporan itu tidak lah tepat apabila rakyat Malaysia mengunjungi Pesta Buku di PWTC pada bulan April yang lalu. Menurut sumber, seramai 100,000 pengunjung yang hadir ke Pesta Buku tersebut. Bagi saya, itu masih belum cukup. Apatah lagi pengunjungnya mungkin sekadar mengunjung tetapi bukan untuk membeli buku-buku. Mereka sekadar datang berjalan hujung minggu. :)

What ever it is, rakyat Malaysia harus sedar bahawa kita mempunyai misi dan visi untuk mencapai Wawasan 2020. Kita harus maju ke depan. Kita mestilah menjadi warganegara yang berilmu supaya kita dapat meneruskan agenda pembangunan pemimpin-pemimpin kita seiring dengan dasar-dasar kerajaan. Sesuatu dasar yang dicadangkan dan dilaksanakan tidak dapat berjalan dengan jayanya tanpa komitmen dari rakyat. Jadi terpikul di bahu kita untuk menjadi "thinking citizen" iaitu rakyat yang berfikir. Banyak faedahnya kalau raykat Malaysia berilmu pengetahuan dan dapat berfikir dengan rasional, jauh dan mendalam.












Ilmu bukan sahaja terdapat dalam bentuk bercetak tetapi ada juga dalam bentuk format-format yang lain seperti format eloktronik. Contoh yang paling mudah ialah ilmu-ilmu pengetahuan dari internet. Cuma apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah ilmu itu perlu lah yang bermanfaat dan kita sebagai pembaca perlu lah dapat menilai sama ada bahan yang dibaca itu sahih. Ambil lah apa sahaja yang bermanfaat dan tinggalkan sahaja apa yang tidak bermanfaat.

Apabila kita sudah membaca, menghayati dan mendalami sesuatu ilmu itu, kita perlulah amalkan. Buat apa ilmu yang kita ada kita tidak amalkan? Sebagai contoh, kita membaca resepi masakan tertentu dalam buku. Kita mestilah mempraktikkannya dengan memasak resepi itu. Dengan cara itu sahaja kita dapat mengetahui apakah ilmu yang dipelajari itu benar-benar kita faham dan kita dapat.



Sesudah itu, sangat wajarlah ilmu yang kita ada dan praktikkan itu, kita kongsikan. Tetapi kepada mereka yang hendaklah. Hehehe. Ada juga rakan-rakan kita yang kadang-kadang oppose ilmu yang kita hendak kongsi. Apa-apa pun ada dua perkara yang kita akan perolehi dari perkongsian ilmu itu. Pertama, kita dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada dalam diri kita. Yang kedua pula, ianya dapat memberi manfaat kepada orang lain andainya ilmu itu berguna. Tapi ilmu yang kita hendak atau telah perolehi mestilah yang berguna bukan? So, kongsilah ilmu yang ada.

Baiklah, setakat ini lah sahaja ingin saya kongsikan. Kalau ada coretan yang tidak kena atau mengguris perasaan haraplah di maafkan. Semoga perkara yang ingin saya kongsikan itu dapat memberikan manfaat kepada para pembaca.

Saturday, April 18, 2009

Angan-angan aku... hahaha jadi orang kaya...

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Tentu seronok kan kalau apa saja yang kiita hendak dalam dunia ni kita boleh miliki? Mesti best kalau kita dapat pergi ke mana-mana saja tempat yang kita suka pergi seperti pergi tengok wayang, pergi Sunway Lagoon, pergi shopping complex dan pelbagai tempat lagi.

Kita tak perlu nak risau pasal duit. Kita banyak duit. Kita orang kaya. We can do anything we want and buy anything we want. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini mungkin, korang memang lucky lah. Lucky berasal dari keluarga kaya atau berada. Kalau mereka yang munking bermula sebagai orang biasa or sederhana then buat sesuatu yang luar biasa sehingga menjadikan anda kaya.... well tahniah diucapkan kepada anda.

Saya kadang-kadang berangan-angan nak melawat tempat- tempat di dunia ini. Kalau boleh nak pegi balik ke U.S tengok keadaan di sana. Dulu pergi masa kecik... manalah tahu apa-apa. Sekarang bila dah tahu serba serbi nak jugak pergi ke sana. Lepas tu pegi U.K, pegi Belanda, New Zealand dan semua negara Eropah. Seterusnya nak jugak pegi kat negara-negara Asia Tengah, Asia Timur dan pelbagai tempat lagi. Tapi tu semua cuma angan-angan aje... Saya tahu bahawa saya ni tak mampu.

Negara di luar sana yang saya penah pegi pun ke Singapura, itupun cuma 3 jam saja. Lepas pertandingan terus balik. Lepas tu penah lah jugak pergi ke Thailand. Di Chornburi. Itu pun sebab boss nak bawak saya sekali. Kalau tak, tiadalah peluang tu. Australia belum penah pergi... Indonesia dan Brunei pun belum pernah.... Memang malu betul bila saya kata.... Sabah dan Sarawak pun saya belum pergi.

Apa taknya, semua tu memerlukan duit. Melancong bukannya murah. Kos tambang lagi, kos penginapan, makan dan sedikit membeli belah (ye ke sikit)... semuanya memerlukan duit. Mana nak korek... takkan lah nak buat pinjaman peribadi semata-mata nak pergi melancong kot? Itu satu hal... masa pulak satu hal lagi... selagi namanya kita bekerja di bawah orang... masa pun bukan hak mutlak kita. Masa kerja kena kerja. Masa pulang, kita pulang lah. Kalau bos panggil ketika hari cuti pun kena datang juga. Apalah nasib badan.

Kalau segala kerja kita berbaloi dengan gaji yang diberi takpe lah jugak. Tapi kadang-kadang rasa mcm tak berbaloi tapi kita terima je lah... redha... sebab daripada tadak langsung, lebih baik lah ada walaupun tak mencukupi.

Setakat nih saya sorang aje. Dengan seorang isteri (ada hati ke nak tambah... mungkin tidak). Belum ada anak-anak. Setakat nih gaji saya boleh lah nak cover dua orang punya makan, pakai, petrol dan sebagainya. Kalau lau rezeki datang, ada anak... tak tahu lah ye mcm mana. Saya terdengar kisah-kisah orang yang ada anak.. masih baby terutamanya.. banyak juga perlu duit yang perlu dibelanjakan dan dihabiskan. Pampers dah berapa, susu, botol, pakaian, dan sebagainya. Itu kalau sorang... kalau ramai? Aii... mcm mana ye. Ye lah... ada orang kata setiap anak itu ada rezeki... Alhamdulillah... lega sikit bila dengar ada ungkapan mcm tu.

Kepala kadang-kadang naik bengong fikir mcm mana lah nak tambah pendapatan. Mcm mana nak dapat gaji besar, wang besar dan sebagainya. Maksud saya secara halal lah. Kalau jalan haram saya tentu tolak 100% Nak bagi anak isteri makan woo... kalau benda haram jadi darah daging. Hairan juga ya... mengapa ada sesetengah orang boleh jadi kaya. Jadi senang. Duit tadak masalah dan kadang-kadang pada pandangan saya yang serba kekurangan ni, boleh jadi diaorng ni membazir pulak. Diaorng ni gaji besar ke. Pegawai besar ke. Main saham ke. Buat bisnes ke. Atau diaorg ni menang loteri ke. Entahlah...

Ada kawan-kawan ajak masuk bisnes MLM dan sebagainya.... saya pun join lah dengan harapan dapatlah income melaluinya. Tapi memang dengar cerita teruja tapi bila nak laksanakan baru tahu langit tinggi atau rendah. Susah juga nak buat secara berterusan dan nak maintain line ye. Bunyinye cukup senang... ada sistem, ada bantuan tapi tidak semua ada kepala otak atau mind mcm kita.

Saya tak kata benda ni tak bagus... saya nampak potensi cuma saya fikir... ianya tak sesuai bagi saya... saya tak boleh lakukan. Nak kena pulang jam 12 tengah malam dan sebagainya... ada Rally belilah tiket sampai RM300 tapi bukan dapat buat duit daripadanya. apatah lagi saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang mcm saya. Semuanya berkarat... jenis tak minat MLM dan yang sewaktu dengannya. Bagi saya MLM ni kerja renyah. Income tak seberapa. Nak income besar so network pun kenalah besar. Tapi bukan lah buleh maintain lama sebab sales nanti jatuh dan berkurangan.

Satu lagi bila masuk bab-bab skim cepat kaya lah kononnya. Diaorng yang jalankan ni tak kata skim cepat kaya... nanti ramai tak join dan apatah lagi Kerajaan akan bertindak punya. Saya pun joinlah jugak. Mula-mula memang masyuk... Setiap bulan duit masuk bank. Memang best sangat. Bila dah mcm tu mulalah lupa diri... saya pergi buat pinjaman bank untuk melabur lagi. Banyak yang saya pinjam... Tapi akhirnya... masa baru saja top up investment... syarikat kena cekup. Duit dipegang. Abis lah saya. Hutang dalam RM1100.00 sebulan!!! Selama 9 atau 10 tahun. Memang nasib saya tak baiklah...

Semua tu menginsafkan saya. Saya dah tanak dah masuk benda-benda mcm ni. Biarlah orang dapat duit secara berterusan sekarang pun. Biarlah syarikat tu masih lagi okay dan belum sangkut. Biarlah orang lain nak kaya melalui benda-benda tu... Bagi saya... saya tanak dah. :)

Akhir kata.... saya mula dengan scratch balik... mula dari kosong... 8 thn kerja mcm tadak apa-apa. Dah mcm mula-mula kerja. Saya menanggung hutang sampai 2018. Saya rasa teramat rugi. Setakat tu saja perkongsian kali ini.

Wassalam.

Monday, March 16, 2009

Apa erti menjadi kaya?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apakah erti kalau seseorang itu kata "aku nak jadi kaya" atau "aku orang kaya"? Kaya atau kekayaan itu sebenarnya menunjukkan yang seseorang itu lebih akan sesuatu. Kaya atau kekayaan tetap subjektif kepada mereka yang menggunakannya.

Kaya atau kekayaan biasanya akan bersangkut-paut dengan kekayaan harta atau wang ringgit. Tetapi disamping itu juga kaya atau kekayaan juga bersangkut-paut dengan kekayaan budi pekerti yang luhur.

Sebab itulah ada orang katakan, "Tak kaya harta tidak mengapa tetapi kita kaya jiwa." Ada pula yang mengatakan "Kaya jiwa tidak mencukupi kalau tak kaya harta." Jadi manakah pilihan anda? Kaya harta atau kaya jiwa? Atau yang terlebih baik, kaya kedua-duanya. Seseorang itu kaya harta dan wang ringgit dan disamping itu juga kaya jiwa.

Mungkin ada rakan-rakan ingin meninggalkan komentar tentang "Apa ertinya menjadi kaya?" bagi persepsi masing-masing. Sama-samalah kita kongsi ye.

Cheerio...