Apa kabar semua? Dalam dunia hari ni di mana ekonomi masih lagi belum stabil, saya harap semuanya masih lagi berada dalam minda yang sihat. Harap-harap belum ada orang yang putus fuse dan nak bunuh diri.
Biarlah tiada siapa yang sudi baca coretan saya melalui blog ni, tapi saya tetap akan menulis. Dah macam jadi kegemaran saya pula. Biarlah saya aje yang baca sendiri hehehe.
.jpg)
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya tentang Iqra' iaitu membaca. Membaca ialah suatu amalan yang mulia. Melalui membaca, kita dapat mengetahui apa saja perkara. Pilihlah buku-buku atau judul-judul yang menjadi kegemaran kita.
Menurut satu laporan, rakyat Malaysia yang membaca cuma 3% dari populasi rakyat Malaysia yang hampir 30 juta. Itu suatu penemuan yang memeranjatkan. Walau bagaimanapun, kononnya laporan itu tidak lah tepat apabila rakyat Malaysia mengunjungi Pesta Buku di PWTC pada bulan April yang lalu. Menurut sumber, seramai 100,000 pengunjung yang hadir ke Pesta Buku tersebut. Bagi saya, itu masih belum cukup. Apatah lagi pengunjungnya mungkin sekadar mengunjung tetapi bukan untuk membeli buku-buku. Mereka sekadar datang berjalan hujung minggu. :)



Ilmu bukan sahaja terdapat dalam bentuk bercetak tetapi ada juga dalam bentuk format-format yang lain seperti format eloktronik. Contoh yang paling mudah ialah ilmu-ilmu pengetahuan dari internet. Cuma apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah ilmu itu perlu lah yang bermanfaat dan kita sebagai pembaca perlu lah dapat menilai sama ada bahan yang dibaca itu sahih. Ambil lah apa sahaja yang bermanfaat dan tinggalkan sahaja apa yang tidak bermanfaat.
Apabila kita sudah membaca, menghayati dan mendalami sesuatu ilmu itu, kita perlulah amalkan. Buat apa ilmu yang kita ada kita tidak amalkan? Sebagai contoh, kita membaca resepi masakan tertentu dalam buku. Kita mestilah mempraktikkannya dengan memasak resepi itu. Dengan cara itu sahaja kita dapat mengetahui apakah ilmu yang dipelajari itu benar-benar kita faham dan kita dapat.

Sesudah itu, sangat wajarlah ilmu yang kita ada dan praktikkan itu, kita kongsikan. Tetapi kepada mereka yang hendaklah. Hehehe. Ada juga rakan-rakan kita yang kadang-kadang oppose ilmu yang kita hendak kongsi. Apa-apa pun ada dua perkara yang kita akan perolehi dari perkongsian ilmu itu. Pertama, kita dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada dalam diri kita. Yang kedua pula, ianya dapat memberi manfaat kepada orang lain andainya ilmu itu berguna. Tapi ilmu yang kita hendak atau telah perolehi mestilah yang berguna bukan? So, kongsilah ilmu yang ada.
Baiklah, setakat ini lah sahaja ingin saya kongsikan. Kalau ada coretan yang tidak kena atau mengguris perasaan haraplah di maafkan. Semoga perkara yang ingin saya kongsikan itu dapat memberikan manfaat kepada para pembaca.
No comments:
Post a Comment